PKR Perak tapis teliti calon lantikan politik

PKR Perak tapis teliti calon lantikan politik

Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap lantikan baharu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur.

Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi berkata sudah ada nama yang ditapis bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar layak. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PKR Perak sedang melakukan tapisan teliti, berhemah dan tidak akan tergesa-gesa mengisi jawatan lantikan politik membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ahli majlis dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua kampung.

Bernama melaporkan Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi sebagai berkata, ia bagi memastikan setiap lantikan baharu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur.

“Memang kita ingin segerakan lantikan, khususnya melibatkan ketua kampung dan ahli majlis PBT, malah Menteri Besar, Saarani Mohamad pun ada nyatakan sebelum ini ia dalam fasa akhir.

“Berkenaan lantikan GLC, sudah ada nama-nama yang ditapis di peringkat kepimpinan PKR Perak bagi memastikan mereka yang dipilih benar-benar layak dan selepas itu kita akan serahkan kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak untuk dipersetujui,” kata pengerusi jawatankuasa komunikasi, multimedia dan NGO itu selepas merasmikan Karnival Wow Perak FM Tualang Sekah Kita Bersaudara.

PH dilapor diberikan 65% kuota untuk diisi tiga parti komponennya bagi semua jawatan lantikan politik di negeri itu dan selebihnya akan diisi parti dalam Barisan Nasional yang juga gabungan dalam kerajaan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.