
Ketua Umno Johor Khaled Nordin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Umno Johor hari ini dan akan disampaikan kepada pucuk pimpinan parti kelak.
“Dalam keadaan akur dengan keputusan parti, kami menzahirkan rasa sedih tentang apa berlaku kepada kedua-dua pemimpin (Hishammuddin Hussein dan Maulizan Bujang) yang telah banyak berjasa, khususnya kepada Umno Johor.
“Maka kami bersetuju supaya mereka ini wajar diberi peluang untuk merayu tindakan yang telah digunakan parti terhadap mereka,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Khaled turut menafikan wujudnya konsep “pemutihan” dalam parti itu.
“Yang itu adalah tindakan disiplin, bukan ‘pemutihan’,” katanya.
“Ini bukan pertama kali pemimpin Umno digantung keahlian atau dikenakan tindakan disiplin, malah di Johor pun pernah kami lalui, tetapi Umno di situ terus melaksanakan tanggungjawab.”
Selain Hishammuddin dan Maulizan, bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan dan bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif turut digantung keahlian selama enam tahun, manakala bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dipecat.
Bulan lepas, Umno turut memecat bekas ketua Umno Selangor Noh Omar kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15.
Terbaru, bekas timbalan ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail mengumumkan beliau akhirnya dipecat daripada Umno selepas hampir dua tahun keahliannya dalam parti itu digantung kerana secara terbuka menentang Presiden Ahmad Zahid Hamidi.