Saya tak digantung Umno, kata Ismail

Saya tak digantung Umno, kata Ismail

Bekas perdana menteri itu berkata, perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Ismail Sabri Yaakob mengkritik tindakan yang diambil terhadap beberapa pemimpin Umno minggu lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ismail Sabri Yaakob menepis spekulasi digantung Umno dan menyifatkannya sekadar khabar angin.

Katanya, beliau masih berkhidmat untuk parti itu sebagai naib presidennya.

“Saya tidak fikir saya digantung. Ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya menurut laporan The Star.

Bekas perdana menteri itu menjawab khabar angin beliau dikenakan tindakan tatatertib selepas mempersoalkan keputusan MKT memecat dan menggantung beberapa pemimpin Umno.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar dipecat bulan lalu kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15.

Bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein dan bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan pula digantung selama enam tahun.

Ismail dilaporkan tidak bersetuju dengan pemecatan dan penggantungan itu atas alasan ia tidak mematuhi proses perundangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.