
“Tiada pembubaran DUN dalam masa terdekat. Sebelum Aidilfitri pun belum tiada (pembubaran) berlaku.
“Ini yang boleh saya sahkan untuk Selangor,” katanya menurut Bernama.
Selangor antara enam negeri yang perlu mengadakan PRN selepas tempoh DUN tersebut dijangka tamat tahun ini.
Selain Selangor, PRN juga perlu diadakan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Pahang menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan di negeri itu.
Penubuhan majlis perundingan yang dipengerusikan bersama Pengerusi BN Wan Rosdy Wan Ismail dan Amirudin selaku Pengerusi PH Pahang, dicapai pada perbincangan kedua-dua parti terlibat malam tadi.
Wan Rosdy dan Amirudin dalam kenyataan bersama hari ini berkata, majlis perundingan itu akan menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat supaya dapat menjamin keutuhan dan kestabilan kerajaan perpaduan Pahang untuk sepenuh penggal.
“Kedua-dua parti turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar selari dengan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan,” menurut kenyataan itu.
BN dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri selepas keputusan PRU1 yang menyaksikan tiada blok parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi DUN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.
PRU15 menyaksikan BN dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi DUN, manakala PH di lapan kerusi.