
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketika ini gabungan tersebut dalam peringkat perbincangan untuk agihan kerusi bersama-sama pimpinan Bersatu.
“Pengalaman ketika perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan pimpinan PAS dan PN ketika PRU15 lalu, kita tidak menghadapi sebarang kesukaran dan mampu menyelesaikan walaupun parti itu hanya diberi satu kerusi Parlimen untuk bertanding,” katanya menurut Berita Harian.
Ahmad Samsuri, yang juga menteri besar Terengganu berkata, jumlah kerusi dan DUN yang akan diserahkan kepada Bersatu belum dimuktamadkan.
Pada masa sama, katanya, agihan kerusi kepada Gerakan, komponen PN juga masih dalam perbincangan.
Pada PRU lalu, BERSATU hanya diberi kerusi untuk bertanding di Parlimen Hulu Terengganu.
Penyandang, Rosol Wahid berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu apabila memperolehi 42,910 undi, menewaskan pencabarnya, Rozi Mamat daripada Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 15,734 undi.
Terengganu mempunyai 32 DUN di mana 22 daripadanya milik PAS selepas berjaya merampas kerajaan negeri daripada BN ketika PRU 2018. BN hanya memiliki 10 kerusi DUN.