
PETALING JAYA: Sebanyak 1,591 kemalangan jalan raya direkodkan pada hari kelapan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mat Kasim Karim dalam kenyataan berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,891 kenderaan.
Katanya, jumlah kenderaan terbabit termasuk 1,341 buah kereta; 241 kenderaan pacuan empat roda; motosikal (209); lori (44); bas (11); van (41); teksi (tiga); dan ambulans (satu).
Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 Jan hingga esok.