Nurul Izzah keguguran anak keempat

Nurul Izzah keguguran anak keempat

Nurul Izzah berkata, walaupun sedih dengan kehilangan anak dalam kandungannya itu tetapi beliau tetap bersyukur.

Nurul Izzah memaklumkan berita sedih tersebut sambil berkongsi gambar berpelukan dengan kedua-dua ibu bapanya, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkongsi cerita sedih bahawa beliau mengalami keguguran kandungan anak keempatnya.

Pada satu paparan di akaun Instagram miliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu memaklumkan berita sedih tersebut sambil berkongsi gambarnya berpelukan dengan kedua-dua ibu bapanya iaitu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah Wan Ismail.

Merujuk kepada hantaran di laman media sosialnya itu, Izzah berkata mungkin itu kali pertama mereka berpelukan sesudah PRU15 lepas.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita saya mengandung anak keempat, kemudian dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. `The little boot is gone’,” kata Nurul Izzah.

Dalam pada masa yang sama beliau tetap menyatakan kesyukuran kepada Allah walaupun masih lagi diselubungi kesedihan pemergian tersebut.

“Syukur Alhamdulillah saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individu nya berbeza,” katanya.

Beliau turut mendoakan kepada semua orang di luar sana yang pernah merasai kehilangan supaya dikurniakan ketabahan dan kekuatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.