
PETALING JAYA: Tiga pengunjung termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera selepas dihempap pokok di Zoo Melaka petang semalam.
Ekorana kejadian pada kira-kira 2.40 petang di kawasan kandang harimau itu, seorang lelaki berusia 43 tahun patah kaki kanan, manakala seorang wanita berusia 40 tahun dan anak lelakinya cedera ringan.
“Mereka sebelum itu menaiki kenderaan disediakan pihak zoo pada 2.05 petang dan sebaik tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebatang pokok tumbang,” kata Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, lapor Bernama.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Pihak Zoo Melaka dan agensi berkaitan kemudian mengambil langkah pantas membersihkan kawasan berkenaan.