Bekas penyampai berita dilantik ketua pengarah penyiaran

Bekas penyampai berita dilantik ketua pengarah penyiaran

Fahmi Fadzil berkata beliau Suhaimi Sulaiman akan memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat jabatan itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) bersama personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman (kanan) yang dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Penyiaran yang baharu. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada personaliti penyiaran Suhaimi Sulaiman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

“Insya Allah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” menurut catatan itu.

Suhaimi, 61, merupakan pemegang sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai ketua pegawai eksekutif dan ketua pengarang Astro Awani pada 2017 dan pengerusi Bernama pada 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.