Bank Negara kekal OPR pada 2.75%

Bank Negara kekal OPR pada 2.75%

Kadar dasar semalaman kali terakhir dinaikkan Bank Negara pada Nov lalu.

Bank Negara menaikkan OPR kepada 2% daripada 1.75% pada Mei tahun lalu, dilaporkan paling rendah pernah direkodkan, susulan pengurangan 25 masa asas pada Julai 2020.
PETALING JAYA:
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75%.

Kali terakhir OPR dinaikkan kepada 25 mata asas kepada 2.75% adalah pada Nov.

BNM menaikkan OPR kepada 2% daripada 1.75% pada Mei tahun lalu, dilaporkan paling rendah pernah direkodkan, susulan pengurangan 25 masa asas pada Julai 2020.

Bank pusat itu menaikkan lagi OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% pada Julai, 2.5% pada Sept dan sekali lagi 2.75% pada Nov.

BNM berkata, keputusan tidak menaikkan OPR untuk kali kelima membolehkan Jawatankuasa Dasar Monetari menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.

“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi,” kata BNM dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“Jawatankuasa Dasar Monetari akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Kata BNM, data terkini menunjukkan bahawa ekonomi terus berkembang pada suku terakhir tahun 2022 disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Hasilnya, pertumbuhan tahun 2022 dijangka melebihi julat unjuran awal, iaitu 6.5% hingga 7.0%.

“Bagimanapun, pertumbuhan pada tahun 2023 dijangka sederhana berikutan ekonomi global yang lebih perlahan. Pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri.

“Perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang terus bertambah baik,” katanya.

Menurut BNM, inflasi keseluruhan pada tempoh bulan Januari hingga Nov 2022 berpurata sebanyak 3.4%.

“Bagi 2023, inflasi dijangka sederhana namun kekal pada tahap yang tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos yang berlarutan.

“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada akan terus membendung sebahagian daripada tahap tekanan inflasi yang meningkat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.