
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata secara prinsip Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook setuju dengan cadangan itu dan sedang merangka mekanisme terbaik melaksanakannya.
“Sebelum mesyuarat Kabinet, saya sempat berbincang dengan Loke untuk memberi tambang percuma kepada OKU yang menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan ‘stage bus’.
“Beliau bersetuju secara prinsip dan akan memikirkan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya,” katanya di Twitter.
Sebelum ini, kerajaan bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob pernah melaksanakan tambang percuma kepada OKU selama sebulan bagi semua perkhidmatan Prasarana.
Tambang percuma itu diberikan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada Ogos tahun lalu.