
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 350 kes dilaporkan berbanding 246 pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 346 jangkitan tempatan dan empat import, manakala lima kematian dicatatkan.
Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,033,254 kes, dengan kematian sebanyak 36,919 kes.
Setakat semalam, sebanyak 10,327 kes masih aktif, termasuk 16 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 410 pesakit atau 4% menerima rawatan di hospital.
Seramai 349 pesakit dilaporkan sembuh.