Imbangi gaya hidup aktif, kesejahteraan minda di De Centrum City

Imbangi gaya hidup aktif, kesejahteraan minda di De Centrum City

Pesona dan keindahan alam di KL South pasti dinikmati di De Centrum City.

Rimbawan Residency dikelilingi alam sekitar, yang menggamit gaya hidup yang tenang dan damai.
PETALING JAYA:
Mana satu yang lebih penting bagi anda? Kesibukan bandar metropolis, atau kedamaian yang mampu ditawarkan di subbandar?

Memang wujud stereotaip bahawa golongan profesional khususnya bujang lebih memburu kehidupan kota penuh keseronokan, manakala mereka yang berkeluarga dianggap mendambakan ketenangan seperti di subbandar. Namun kemajuan teknologi dan perubahan dalam struktur masyarakat kini mendorong pemaju untuk mewujudkan pelbagai pilihan yang lebih premium, seiring majmuknya rakyat Malaysia.

Dalam era ini orang ramai tidak lagi semestinya perlu pergi ke pejabat untuk bekerja, atau “merantau” ke kawasan bandar untuk memenuhi sebarang tugasan; hari ini, cara hidup kita nyata telah banyak berubah dan wujud pilihan lain, contohnya bekerja dari rumah atau secara hibrid.

Mengambil kira perkara itu, kawasan pembangunan baharu lebih banyak memfokuskan keperluan keluarga moden yang sentiasa berkembang, dengan menggabungkan kemudahan ala bandar bersama ketenangan kehidupan subbandar mampu milik.

Sebagai contoh lihat saja Rimbawan Residency di De Centrum City, KL South yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kawasan pembangunan yang menawarkan gaya hidup aman dikelilingi keindahan alam ini masih cukup hampir dengan kemudahan di pusat bandar, dengan akses mudah ke Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Port Klang, malah juga Nilai serta Enstek di Negeri Sembilan.

Bagi mereka yang mencari persekitaran ideal bukan saja untuk bekerja tetapi juga berkeluarga dan membesarkan anak-anak, tarikan serta kemudahan ditawarkan di sekitar De Centrum City nyata memberikan imbangan terbaik antara gaya hidup bandar dan subbandar.

Kawasan di sekitar pembangunan kelas tinggi terbaru Protasco menjamin kesejahteraan fizikal dan mental untuk penghuninya, dengan pelbagai tarikan juga tidak jauh darinya.

Sebagai contoh, lihat saja Rimbawan Residences dan hutan rekreasi berhampiran. Tidak kira sesiapa, dari kanak-kanak hinggalah orang lebih berusia sekalipun berpeluang menikmati manfaat persekitaran semula jadinya, sambil merasai pelbagai aktiviti dan gaya hidup selamat di situ.

Nikmati keindahan cahaya warna-warni di Secret Garden yang terletak di Taman Putra Perdana, Putrajaya.

Mereka yang gemar aktiviti kembara denai boleh melawati lokasi popular berhampiran, seperti Bukit Wawasan di Puchong. Bagi individu yang lebih gemar berjalan secara santai pula boleh melawati taman-taman indah di sekitar kawasan itu termasuk:

  • Friendship Gardens
  • Night Gardens
  • Sensory Gardens
  • Herbal Garden UPM
  • Aqua Gardens Bangi Research Centre
  • Urban Farming Maybank
  • Tasik dan taman di UNITEN
  • G2G Animal Garden

Selain Farm in the City, Benua Equestrian Stables yang lokasinya hanya bersebelahan De Centrum City turut menawarkan senaman alternatif di tempat terbuka yang sihat, mencabar lagi menyeronokkan. Benua Equestrian Stables turut menawarkan kelas menunggang kuda bagi yang berumur sekecil tujuh tahun ke atas, namun anda juga boleh menghabiskan masa beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menunggang kuda di sepanjang laluan sejauh 10km dengan pemandangan indah.

Bergembira bersama seisi keluarga di kandang kuda Benua Equestrian.

Tidak ketinggalan, tarikan unik lain di kawasan berhampiran termasuk ladang popular Farm Fresh, menawarkan aktiviti menyeronokkan seperti kembara dan menaiki traktor– sesuatu yang menjanjikan pengalaman tidak dapat dilupakan untuk semua peringkat usia.

Sementara itu, restoran The Acre menghidangkan santapan dari ladang ke meja makan ala perkelahan, malah pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan ladang di situ.

Pengunjung berpeluang dekati haiwan ternakan di The Acre by Farm Fresh.

Khas bagi kanak-kanak pula, mereka pasti teruja dengan Taman Tema Bangi Wonderland yang begitu hampir dengan kediaman, dan sesuai menjadi lokasi sambutan ulang tahun mahupun sekadar untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang.

Tidak ketinggalan, pelbagai kelab golf seperti ILSAS Recreational Gold Club, Kelab Golf Uniputra, atau Mines Resort Golf Club juga hanya memerlukan perjalanan beberapa minit dari situ.

Selain aktiviti luar, pelbagai pusat hiburan dan beli-belah juga menjanjikan keseronokan untuk memenuhi setiap keperluan, antaranya IOI City Mall yang bakal dinobatkan pusat beli-belah terbesar di Malaysia, selain tidak dilupakan juga DeCentrum Mall, The Mines, serta Pavilion Bukit Jalil.

De Centrum City menjamin kepuasan gaya hidup terbaik bagi mengimbangi keperluan bandar dan subbandar – menjadikannya pilihan mudah dan pasti bagi mereka yang mahu merealisasikan kehidupan yang diimpikan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.