
Mereka adalah daripada 56 anggota dikerah ke lokasi kejadian itu, kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, bagi mendapatkan rawatan.
Bomba Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran pada 5.18 pagi dengan mendapat bantuan daripada sembilan pasukan bomba sukarela (PBS) melibatkan Bedong, Merbok, Semeling, Bakar Arang, Gurun, Padang Lembu, Sungai Petani, Kota Sarang Semut dan Tanah Merah, selain anggota dari Aman Jaya.
Katanya, bantuan juga diterima daripada pasukan bomba sukarela Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Dua jentera, kenderaan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan lima ‘water tanker’ dari Balai Bomba Sungai Petani serta dari PBS Bedong, Semeling, Sungai Petani dan Kota Sarang Semut.
“Kebakaran melibatkan dua unit bangunan kilang memproses kertas terpakai yang mana kebakaran melibatkan kilang C – lokasi penyimpanan kertas dan kotak dan D yang menyimpan plastik, masing-masing musnah 20 dan 80%,” katanya.
Katanya, proses pemadaman menggunakan tiga aliran dan tiga pancutan dari jentera dan api berjaya dikawal.
Dalam pada itu, menurut Harian Metro, seorang anggota bomba cedera kerana dihempap timbunan kertas ketika memadam kebakaran namun keadaannya dilaporkan stabil.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kedah berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.