
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam kes letupan yang mengorbankan seorang pekerja restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek akan dituduh pada 10 pagi.
Pasangan suami isteri dari Serdang, Kedah itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, kata Farouk.
Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.