Kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran 

Kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran 

Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu dalam pusat beli-belah yang terbakar 100%.

Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran di kedai kasut yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah di Seri Kembangan. (Gambar Bomba)
KUALA LUMPUR:
Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di Seri Kembangan, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100%.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.