
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata seramai 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Kota Anggerik, digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian pada 12.30 tengah hari, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, yang disedari hilang oleh seorang rakannya,” katanya dalam kenyataan.
Norazam berkata, mayat pelajar lelaki itu kemudian ditemukan di dasar tasik pada kedalaman lebih 3m kira-kira 4.5m dari tebing tasik berkenaan pada 2.15 petang.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya.