320 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

320 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

Kes baharu terdiri daripada 318 membabitkan jangkitan tempatan dan dua kes import.

Sebanyak 10,937 kes masih aktif, termasuk 17 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 320 kes, sementara tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, 318 kes baharu membabitkan jangkitan tempatan dan dua kes import.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,032,146 kes dengan 36,908 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 10,937 kes masih aktif, termasuk 17 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 453 pesakit atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Seramai 506 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.