
Beliau tidak menjelaskan perkara itu dalam kenyataannya, namun ia diberitahu kepada Sultan Terengganu ketika menghadap pagi tadi.
“Saya adalah perdana menteri untuk semua negeri, dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama,” katanya di Facebook.
Sebelum ini tular satu video memaparkan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata belum ada mesyuarat dengan para menteri besar dan ketua menteri, selepas dua bulan Anwar mengangkat sumpah perdana menteri.
Samsuri berkata mesyuarat patut diadakan pada minggu pertama lagi kalau betul-betul ingin selesaikan masalah rakyat.
Anwar menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah selama sejam, sempena lawatan kerja perdana menteri ke Kuala Terengganu hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menyeru penjawat awam memegang prinsip kebertanggungjawaban.
Ini kerana beliau menjumpai banyak perkara yang dianggapnya keterlaluan, ketika menyemak fail di Kementerian Kewangan.
“Saya mahu penjawat awam untuk faham bahawa ketelanjuran ini tidak harus berterusan,” katanya, tanpa huraian lanjut.
“Saya hadir ke Terengganu tadi bukan untuk mencerca sesiapa, tetapi untuk berpakat demi kepentingan rakyat.”