
Noorun Nashriah Ramli, Amir Shariffuddin Haron dan Farhan Taufik mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Noorun, yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat, berhadapan tujuh pertuduhan kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM112,000 antara 13 Julai dan 1 Okt 2021.
Amir dan Taufik masing-masing berdepan satu pertuduhan kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu masing-masing berjumlah RM45,900 dan RM32,800.
Kesalahan itu berlaku antara 5 Mac dan 1 Jun 2021.
Hakim Azura Alwi membenarkan Noorun diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin manakala Hakim Rozina Ayob dan Suzana Ayob membenarkan Amir dan Farhan diikat jamin RM8,000, juga dengan seorang penjamin.
Tertuduh juga diperintahkan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga perbicaraan selesai.
Ketiga-tiga mahkamah menetapkan 14 Feb sebagai tarikh sebutan kes.
Tahun lepas, SPRM menahan 45 orang di beberapa negeri kerana disyaki membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan dana Penjana Kerjaya.
Suspek terdiri daripada pemilik perniagaan, pengarah, pengurus, pemegang taruh, jurutera dan eksekutif.