Polis rampas mercun Tahun Baharu Cina RM220,000

Polis rampas mercun Tahun Baharu Cina RM220,000

Lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan penjualan mercun tanpa lesen ditahan di Senai, semalam.

Polis berkata suspek lelaki bersama mercun dianggarkan bernilai RM222,691 dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)
KULAI:
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 8,217 mercun pelbagai jenis dipercayai untuk jualan sempena Tahun Baharu Cina dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Seelong Jaya, Senai, petang semalam.

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow, berkata lelaki berusia 25 tahun itu yang dipercayai menjalankan kegiatan penjualan mercun tanpa lesen ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, kira-kira 4.30 petang.

“Lelaki itu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melanggar syarat lesen yang dibenarkan.

“Lelaki itu bersama mercun yang dianggar bernilai RM222,691 kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Tok berkata, lelaki itu kini direman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.