
Beberapa pelajar USM disoal siasat sebulan lalu kerana menyertai bengkel itu yang diadakan pada November.
“Aku punya ‘first date’ dengan polis untuk 2023. Kena panggil bagi keterangan hari ini berkaitan Kelas Demokrasi @ USM ketika PRU15.
“Nasib baik janji temu dengan polis di Kuala Lumpur sahaja, tak perlu ke Pulau Pinang,” katanya di Facebook.
Fahmi mendakwa seorang pegawai penyiasat memaklumkannya bahawa polis sudah mengambil keterangan semua saksi dan kemungkinan “tiada tindakan lanjut” diambil terhadap kes itu.
Pada 7 Dis lalu, FMT melaporkan empat pelajar USM dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah George Town.
Seorang pelajar dilaporkan berkata, polis bertanyakan kandungan yang diajar Fahmi dalam bengkel itu dan sama ada Fahmi “menghasut” pelajar untuk mengundi parti politik tertentu.