‘Lantik dia menteri kalau menang PRU’, Khaled jawab Maszlee

‘Lantik dia menteri kalau menang PRU’, Khaled jawab Maszlee

Pada 30 Dis lalu Maszlee Malik menggesa orang politik tidak dilantik menteri pengajian tinggi atau pendidikan selepas PRU16.

Khaled Nordin berkata mungkin Maszlee Malik boleh dilantik sebagai menteri pengajian tinggi atau pendidikan jika menang pilihan raya umum nanti.
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden Umno Khaled Nordin secara sinis berkata Maszlee Malik mungkin boleh dilantik sebagai menteri pengajian tinggi atau pendidikan jika menang pilihan raya umum akan datang.

“Mungkin boleh lantik dia (Maszlee) kalau dia menang dalam pilihan raya umum nanti,” kata Khaled yang juga menteri pengajian tinggi pada sidang media selepas merasmikan karnival penyelidikan Universiti Malaya (UMRC) siri ke-5.

Pada 30 Dis lalu, Maszlee, bekas menteri pendidikan menggesa orang politik tidak dilantik ke jawatan berkenaan selepas PRU16.

Katanya, jawatan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.

Menurutnya, ruang akademik tidak boleh “dicabul” orang politik dan sepatutnya diterajui mereka yang arif dalam bidang pendidikan.

Maszlee dilantik sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 hingga Januari 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.