
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyempurnakan pemakaian pingat itu kepada empat anjing iaitu Blake, Lady, Grouse dan Pop, lapor Bernama.
Nga juga menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Nor Hisham Mohamad yang mewakili anggota bomba dan unit K9 yang terlibat dalam operasi itu.
Tanah runtuh melanda tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi, 16 Dis lalu menyebabkan 31 mangsa terbunuh manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.
Operasi mencari dan menyelamat itu berlangsung selama sembilan hari, mangsa terakhir tragedi itu ditemui pada 24 Dis.
Sementara itu, Nga berkata, kementeriannya akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan dasar, peraturan dan SOP pihak berkuasa tempatan yang menyusahkan.
Beliau berkata, ada pihak berkuasa tempatan mengenakan bayaran yang “tidak munasabah” untuk memperbaharui lesen anjing.