Hajiji umum rombak Kabinet Sabah, butiran dedah tak lama lagi

Hajiji umum rombak Kabinet Sabah, butiran dedah tak lama lagi

Terdahulu FMT melaporkan Hajiji Noor akan merombak Jemaah Menterinya selepas cubaan menggulingkan pentadbiran GRS semalam gagal menjadi kenyataan.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata butiran mengenai rombakan Kabinet akan didedahkan kemudian.
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan akan merombak Kabinet kerajaan negeri pimpinannya.

Beliau dalam kenyataan bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Butiran akan didedahkan tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan Hajiji akan merombak Jemaah Menterinya selepas cubaan menggulingkan pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam gagal menjadi kenyataan.

Timbalannya, Bung Moktar Radin, yang dikaitkan dengan cubaan itu dijangka menjadi korban dalam rombakan berkenaan.

Menurut sumber yang dekat dengan Hajiji, ada kemungkinan ketua Umno Sabah itu digugurkan, bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Jafry Ariffin.

Sumber itu juga memberitahu, pengerusi GRS itu akan membawa masuk ADUN Pakatan Harapan Sabah ke dalam Jemaah Menteri.

Kerajaan negeri yang diterajui Hajiji kini mempunyai 53 daripada 79 kerusi (termasuk ADUN dilantik) di Dewan Undangan Negeri.

Kerusi itu ialah 29 daripada GRS dan 17 Barisan Nasional (BN), manakala sokongan lain adalah daripada parti mesra kerajaan iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) sebanyak tiga kerusi, PAS (satu), Parti Harapan Rakyat Sabah (satu), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan bebas (satu).

Sementara itu, pembangkang di Sabah memiliki 26 kerusi iaitu 19 daripada Warisan dan tujuh Pakatan Harapan (PH).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.