
KAJANG: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan seorang wartawan Syed Fawad Ali Shah dari Pakistan sudah dihantar pulang ke negara asal.
Saifuddin memberitahu pemberita bahawa Fawad dihantar pulang pada Ogos, susulan permintaan daripada kerajaan Pakistan.
Menurut beliau, media Malaysia melaporkan Fawad sebagai seorang wartawan, namun pihak berkuasa Pakistan mendakwa dia seorang bekas anggota polis yang menghadapi isu tatatertib.
Fawad, 41, yang berada di Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu hilang sejak 23 Ogos tahun lepas.
Menurut isterinya, Fawad mempunyai kad pelarian UNHCR dan beliau dikatakan mencari perlindungan di Malaysia bagi mengelakkan penganiayaan di negara sendiri susulan laporan olehnya berhubung kes kehilangan paksa.