Pimpinan tertinggi PH mesyuarat 7 Jan bincang PRN 6 negeri

Pimpinan tertinggi PH mesyuarat 7 Jan bincang PRN 6 negeri

PRN bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu perlu diadakan tahun ini, dalam tempoh kurang daripada enam bulan.

KAJANG:
Majlis presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 7 Januari tentang persediaan menghadapi PRN di enam negeri, kata ketua setiausaha gabungan itu, Saifuddin Nasution.

PRN bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu perlu diadakan tahun ini, dalam tempoh kurang daripada enam bulan.

Kerajaan negeri terbabit tidak membubarkan dewan perundangan masing-masing serentak dengan PRU15 lalu, atas beberapa sebab antaranya kerana musim banjir hujung tahun.

PRU15 menyaksikan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, selepas tiada gabungan politik memperolehi kerusi Parlimen secukupnya untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan kini ditadbir PH manakala Kelantan, Terengganu, dan Kedah ditadbir Perikatan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.