
Ketua Polis Gombak Zainal Mohamed Mohamed berkata, buat masa ini, polis memberi ruang kepada pasangan itu yang kini berada di Hospital Selayang untuk menuntut jenazah dua anak mereka.
“Kita kena faham, perlu kasihan ibu bapa tengah dalam keadaan susah macam itu.
“Atas dasar kemanusiaan, bagilah peluang mereka masih trauma. Kita tak duduk tempat dia, kita tak tahu. Sekarang ibu bapa mangsa ada di Hospital Selayang.
“Hospital sedang menguruskan post mortem (bedah siasat) jenazah dan sebagainya sebelum dikebumikan kelak,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam kejadian pada 3.30 pagi semalam itu, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan Muhammad Al Qayyum, 7, ditemui rentung di dalam rumah mereka.
Jenazah dua beradik itu ditemukan di bilik utama rumah berkenaan selepas operasi pemadaman api selesai.