Rangkaian 5G kini capai 15 juta pengguna

Rangkaian 5G kini capai 15 juta pengguna

DNB berkata perkhidmatan itu dijangka mencapai lebih 30 juta pengguna dan perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

Digital Nasional Bhd berkata rangkaian 5G sudah mencapai 50% liputan di kawasan penduduk padat seluruh negara dengan kira-kira 3,900 tapak pada akhir 2022. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Rangkaian 5G di Malaysia kini sudah mencapai kira-kira 15 juta pengguna dan akan mencapai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya, kata Digital Nasional Bhd (DNB), syarikat milik kerajaan yang menguruskan pelaksanaan rangkaian itu.

DNB dalam kenyataan mengumumkan, rangkaian itu sudah mencapai 50% liputan di kawasan penduduk padat di seluruh negara dengan kira-kira 3,900 tapak pada akhir 2022, melebihi sasaran awal 40%.

Syarikat itu kini memfokuskan mencapai sasaran seterusnya iaitu 80% liputan di kawasan penduduk padat menjelang akhir 2024, atau lebih awal.

“DNB mencapai lebih 90% liputan di kawasan penduduk padat di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, termasuk sebahagian 50% di seluruh Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Negeri-negeri lain pula berada di beberapa peringkat pelaksanaan dan dijangka mencapai pelaksanaan penuh pada 2024, atau lebih awal lagi,” kata DNB.

Syarikat milik kerajaan itu bertanggungjawab membina dan menguruskan rangkaian 5G serta bertindak sebagai pembekal tunggal perkhidmatan 5G.

Celcom Axiata, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL mula menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.