MRT3 ambil pandangan penduduk Pandan, projek beri kesan minima, kata Rafizi

MRT3 ambil pandangan penduduk Pandan, projek beri kesan minima, kata Rafizi

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau sudah berjumpa penduduk di dua taman perumahan terlibat iaitu Taman Kencana dan Taman Bakti berhubung perkara itu.

Sebelum ini penduduk Taman Kencana menubuhkan jawatankuasa khas membantah cadangan jajaran baharu MRT3 yang bakal menyebabkan lebih separuh rumah di kawasan terlibat.
KUALA LUMPUR:
Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang bakal melibatkan dua penempatan di Pandan akan mengambil pandangan orang ramai dan hanya memberikan kesan paling minima terhadap penduduk di situ.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata beliau sudah berjumpa penduduk di dua taman perumahan terlibat iaitu Taman Kencana dan Taman Bakti berhubung perkara itu.

“Saya telah pun berbincang dengan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook bahawa apa-apa keputusan mengenai jajaran itu perlulah mengambil kira pandangan dan juga keputusan penduduk di sini.

“…dan sebaik yang mungkin kita akan pastikan bahawa apa-apa keputusan mengenai jajaran itu ia akan memberikan kesan paling minima dengan penduduk di situ,” katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat Parlimen Pandan.

Menteri ekonomi itu berkata, perkara sama juga dilakukan sejak sebelum pilihan raya umum lagi dan beberapa cadangan diambil mengikut jajaran tertentu.

Sebelum ini, penduduk Taman Kencana menubuhkan jawatankuasa khas membantah cadangan jajaran baharu MRT3 yang bakal menyebabkan lebih separuh rumah di kawasan terlibat.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang dilapor berkata, jajaran baharu projek didakwa akan dibina di Taman Kencana, Ampang, akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi.

Katanya, cadangan itu sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu kerana ia melibatkan tanah.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan dan Industri Asas Tani, Izham Hashim dilaporkan mendakwa, kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan jajaran baharu projek MRT3 yang melibatkan kawasan Taman Kencana.

Katanya, beliau ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Taman Kencana pada 24 Ogos lalu terkejut apabila mengetahui sebanyak 90 rumah akan terlibat disebabkan projek itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.