Barisan hadapan, kumpulan berisiko disaran ambil dos penggalak Covid-19

Barisan hadapan, kumpulan berisiko disaran ambil dos penggalak Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes dalam negara terkawal dan menurun, namun tindakan siap siaga perlu diambil.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan masyarakat mendapatkan dos vaksin penggalak Covid-19 susulan peningkatan wabak itu di China ketika ini.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak Covid-19 susulan perkembangan terkini penyakit itu di China ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran terbaharu di Facebook berkata walaupun ketika ini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, tindakan siap siaga perlu diambil.

Selasa lalu, Hisham dalam kenyataan memaklumkan KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China.

Antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.