
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan seorang penumpang pesawat itu, Firdaus Jailan yang memuat naik video di Twitter.
“Saya sudah hubungi pihak pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air (Batik Air).
“Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” ciap Loke di Twitter.
Malindo Air melalui proses penjenamaan semula kepada Batik Air.
Sebelum itu, Firdaus telah memuat naik ciapan di Twitter yang meminta Loke mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali syarikat penerbangan itu.
Firdaus berkata, Malindo Air telah melayan penumpangnya dengan buruk dan tidak memberitahu mereka mengenai kelewatan jadual penerbangan itu terlebih dahulu.
“Tangguh dari 11 malam hingga 6 pagi di lapangan terbang sejuk macam ini? Tolonglah elok sikit,” katanya.
Video Firdaus itu telah menerima lebih 188,000 tontonan dan lebih 1,200 tanda suka apabila menunjukkan penumpang yang terkandas tidur di atas bangku berhampiran pintu berlepas di KLIA.
Firdaus berkata, dalam video itu, tidak seorang pun kakitangan syarikat penerbangan itu berada berhampiran mereka.