
Menurut kemas kini terakhir laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 8.07 pagi, sebanyak 93 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri, iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perak.
Kelantan mencatatkan manga banjir paling ramai setakat pagi ini, iaitu 10,502 orang, termasuk kanak-kanak, warga emas dan OKU, daripada 3,460 keluarga yang ditempatkan di 29 PPS.
Di Terengganu, seramai 6,258 mangsa banjir daripada 1,763 keluarga ditempatkan di 44 PPS.
Seramai 1,056 orang mangsa banjir daripada 282 keluarga ditempatkan di 16 PPS di Sarawak, manakala di Sabah, dua PPS menempatkan 212 mangsa daripada 77 keluarga.
Sementara itu, di Perak, seramai 75 orang mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di dua PPS.