
SANDAKAN: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di utara dan beberapa daerah di pantai timur Sabah mulai hari ini hingga Isnin depan.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 1.40 tengah hari tadi, daerah terkesan adalah Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran, dan Kinabatangan.
Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga Isnin juga dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Di Sabah melibatkan kawasan pantai barat dan kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; sementara di Sarawak melibatkan Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang.