
Banjir diramalkan berlaku membabitkan kampung yang terletak berhampiran 11 muara sungai dan pantai di negeri itu.
Selain Pantai Rusila, 11 kawasan muara terlibat ialah Sungai Besut, Sungai Setiu, Sungai Merang, Sungai Terengganu, Sungai Ibai dan muara Sungai Merchang.
Turut terlibat muara Sungai Paka, Sungai Kemasik, Sungai Kemaman, Sungai Dungun dan muara Sungai Sura.
Berikutan itu, JPS mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk situasi semasa paras air sungai serta hujan menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my.
“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya.
Antara kampung dijangka banjir ialah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai, Kampung Nail, Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Lipis dan Kampung Kuala Setiu.
Setakat petang tadi jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan penurunan dengan 33,942 orang berbanding 36,231 pada sebelah pagi.