
Pengagihan pendapatan itu terdiri daripada dividen sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, lapor Bernama.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bonus tambahan sebanyak 0.5 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang.
Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Kumpulan PNB Arifin Zakaria berkata, walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, ASNB memberikan agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB tahun ini, termasuk bonus tambahan.
“Jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB.
“Bonus Tambahan tersebut adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup,” katanya.
Pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.