64,598 mangsa banjir ditempatkan di PPS 5 negeri

64,598 mangsa banjir ditempatkan di PPS 5 negeri

Mereka ditempatkan di 368 PPS di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak, menurut JKM.

Setakat pagi ini, dilaporkan sebanyak 18,601 keluarga terjejas oleh banjir di lima negeri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 64,598 orang daripada 18,601 keluarga menjadi mangsa banjir di seluruh negara setakat 6.44 pagi ini.

Sebanyak 368 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri iaitu, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak, menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terengganu mencatatkan manga banjir paling ramai, iaitu 34,383 orang, termasuk kanak-kanak, warga emas dan OKU, daripada 9,377 keluarga yang ditempatkan di 245 PPS.

Di Kelantan, seramai 30,107 mangsa banjir daripada 9,189 keluarga ditempatkan di 119 PPS.

Sementara itu, 48 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Johor, 34 orang di satu PPS di Pahang, dan 26 orang di satu PPS di Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.