
Majistret Azlan Basri turut memerintah Chua Kean Seng, 57, dan Junazry Abdul Hamid, 44, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan harta rumah iaitu pagar rumah pengadu Ong Hsing Li, pada 1 tengah hari di Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan itu, kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam kedua-dua tertuduh Khairul Fairuz Rahman merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum, kerana tertuduh sudah insaf dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil.
Tertuduh membayar denda tersebut.