
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus dicatatkan bawah paras 1,000 kes untuk hari ketiga berturut-turut dengan 721 kes dilaporkan semalam, berbanding 847 kes pada hari sebelumnya.
Dua kematian turut dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, angka kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,018,584 kes, dengan 36,808 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 15,541 kes masih aktif, termasuk 44 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif, 685 pesakit menerima rawatan di hospital, manakala tiada pesakit dilapor ditempatkan di pusat kuarantin.
Sementara 14,812 lagi pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Seramai 914 pesakit dilaporkan sembuh.