
Norazam bekerja tanpa henti sejak tiga hari lalu di kawasan tanah runtuh di Batang Kali, kata seorang jurucakap jabatan bomba dan penyelamat.
“Beliau mengalami sakit kepala dan segera dibawa ke hospital pada jam 6 petang tadi.
“Doktor berkata beliau mengalami strok akibat kepenatan dan kurang tidur,” katanya.
Katanya, Norazam diletakkan di bawah pengawasan doktor untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Beliau sedar dan keadaannya kini terkawal, kata jurucakap itu.
Norazam mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan tanah runtuh di Batang Kali yang kini meragut nyawa 24 orang yang berkhemah di lokasi itu.
Seramai 61 mangsa berjaya diselamatkan manakala sembilan lagi masih hilang.
Norazam sering dilihat dalam sidang media harian bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Suffian Abdullah untuk memberi perkembangan terbaru operasi berkenaan.