Tapak perkhemahan Suling Hill diarah henti aktiviti serta-merta

Tapak perkhemahan Suling Hill diarah henti aktiviti serta-merta

Tapak perkhemahan Suling Hill di Penanti diarah henti aktiviti kerana berisiko lantaran berada di kawasan yang mempunyai cerun.

Tapak perkhemahan Suling Hill diarah hentikan aktiviti serta-merta kerana berisiko, kata MBSP.
BUKIT MERTAJAM:
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengarahkan pengurusan Suling Hill di Penanti menghentikan aktiviti tapak perkhemahan tersebut serta-merta kerana berisiko lantaran berada di kawasan yang mempunyai cerun.

MBSP dalam kenyataan memaklumkan susulan arahan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan berkenaan pemberhentian sementara operasi tapak perkhemahan yang berisiko, pihaknya menjalankan pemantauan bagi mengenalpasti tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di seluruh Seberang Perai.

“Hasil daripada pemantauan yang dijalankan mendapati terdapat dua tapak perkhemahan di Seberang Perai iaitu di Kampung Agong, Penaga di daerah Seberang Perai Utara dan Suling Hill di Penanti,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan daripada dua tapak perkhemahan tersebut, hanya tapak di Suling Hill yang berisiko serta berada di kawasan yang mempunyai cerun dan MBSP mengeluarkan notis bagi menghentikan aktiviti tapak perkhemahan tersebut serta-merta.

Susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor semalam, penduduk Seberang Perai diingatkan untuk tidak mengadakan sebarang aktiviti riadah di sekitar kawasan yang berisiko berlakunya bencana alam.

“Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran semalam mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga 20 Dis ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.