
Ini kerana Ahli Parlimen ada hak dan kebebasan untuk menyokong atau tidak menyokong, katanya.
“Kalau parti nak ambil tindakan disiplin itu soal lain, tak adalah sampai dia harus berhenti dan kosongkan kerusi. Saya lihat macam perdana menteri tak berapa yakin untuk teruskan usul undi percaya ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ahli Parlimen Pagoh itu menambah usul undi percaya seharusnya dilakukan atas dasar kebebasan dan bukannnya memaksa wakil rakyat.
Lima gabungan politik utama iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Warisan, yang membentuk kerajaan perpaduan menandatangani perjanjian itu semalam bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi.
Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.
Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin akan menjadi perhatian kerana pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-10.