Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, mangsa korban tanah runtuh kini 24

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, mangsa korban tanah runtuh kini 24

Tubuh kanak-kanak itu ditemui sekitar 4 petang tadi, menjadikan jumlah kanak-kanak terkorban tujuh orang.

Tujuh kanak-kanak terkorban dalam kejadian tanah runtuh Batang Kali.
BATANG KALI:
Seorang kanak-kanak perempuan menjadi korban bencana tanah runtuh di Father’s Organic Farm, menjadi jumlah mangsa terkorban 24 orang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak itu kepada pemberita ketika melawat lokasi bencana tadi.

Tubuh kanak-kanak itu ditemui sekitar 4 petang tadi, menjadikan jumlah kanak-kanak terkorban tujuh orang.

Terdahulu, penyelamat menemui mayat dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Sementara itu, Acryl Sani berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sengor, Baharudin Mat Taib akan mengepalai siasatan terhadap pengendali tapak perkhemahan.

Semalam, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mendedahkan tiga tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu didapati tidak berlesen.

Pengendali tapak perkhemahan itu berdepan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000, jika didapati bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.