
“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu hanya ingin dikenali sebagai Chang.
Bagaimanapun Chang berkata, dia tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar.
“Hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar,” katanya.
Menurut Chang lagi, kebanyakan mereka berkhemah mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.
Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.
Setakat ini, 53 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian manakala 16 maut dalam tragedi itu.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.