Korban tanah runtuh meningkat 16 orang

Korban tanah runtuh meningkat 16 orang

Pihak berkuasa masih meneruskan usaha mencari 17 orang yang belum ditemui.

Anggota bomba dan penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
HULU SELANGOR:
Angka kematian akibat tanah runtuh di Batang Kali pagi tadi dilaporkan meningkat kepada 16 orang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah berkata, lima lagi mayat yang ditemui itu terdiri daripada tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk 17 orang yang belum ditemui, dengan memfokuskan sektor A dan B yang teruk terjejas.

Setakat 1 tengah hari tadi, 61 orang diselamatkan dan dibawa ke Balai Polis Ulu Yam Bharu.

Mangsa cedera pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

Terdahulu, 94 orang dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan berhampiran Genting Highlands awal pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.