Kegagalan cerun punca tanah runtuh, kata menteri

Kegagalan cerun punca tanah runtuh, kata menteri

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, runtuhan itu melibatkan 450,000 meter padu tanah.

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dimensi tanah runtuh di kawasan kejadian sepanjang 500m, lebar 200m dan sedalam 8m.
BATANG KALI:
Cerapan awal mendapati runtuhan tanah awal pagi tadi berpunca daripada kegagalan cerun tambakan berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, runtuhan tanah itu melibatkan 450,000m padu tanah.

Beliau berkata dimensi tanah runtuh di kawasan berkenaan melibatkan kawasan sepanjang 500 meter, 200 meter lebar dan sedalam lapan meter.

“Jabatan Mineral dan Geosains akan mengawasi kawasan ini dan akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang pergerakan tanah di lokasi,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di sini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan risiko tanah runtuh, terutama pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.