
Beliau berkata, aktiviti itu anjuran persendirian dalam kalangan guru dan pelajar, yang turut membabitkan keluarga serta rakan mereka.
“Bukan anjuran sekolah mereka, mereka buat program sendiri bersama kawan dan keluarga.
“Ada pelajar terlibat, setakat yang kita kenal pasti dari SJKC Mun Choong, selebihnya kita belum tahu dari mana,” katanya dalam sidang media di Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, pihaknya mendapat maklumat tujuh guru bersama rakan dan keluarga mereka menyertai aktiviti perkhemahan itu.
“Saya diberitahu mereka akan mendaftar keluar hari ini. Semua tujuh guru itu adalah wanita.
“Setakat yang diberitahu, 23 individu dari sekolah ini, manakala bakinya pengusaha kantin, keluarga guru dan rakan mereka,” katanya.