Melecur hampir seluruh badan, mangsa letupan tong gas dibedah esok

Melecur hampir seluruh badan, mangsa letupan tong gas dibedah esok

Adik mangsa berkata, pembedahan secara berperingkat itu bertujuan membuang kulit Siti Hajar Hanis Muhamad yang 70% melecur.

Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad memeriksa keadaan di luar rumah selepas letupan tong gas petroleum cecair pada Selasa lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Wanita yang melecur hampir seluruh badan akibat letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Pulau Pinang kelmarin, akan menjalani pembedahan esok.

Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, berkata, Siti Hajar Hanis Muhamad dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Pulau Pinang semalam.

Katanya, pembedahan secara berperingkat itu bertujuan membuang kulit kakaknya yang 70% melecur, di mana kulit masih elok akan ditampal di tempat melecur.

“Ini ekoran kulit yang elok hanya ada kira-kira 30% dan proses membuang kulit yang mati juga rumit dan perlu dilakukan dengan teliti.

“Kakak akan ditidurkan sepanjang prosedur terbabit yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga lima bulan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi Selasa lalu, Siti Hajar cedera parah selepas tong LPG meletup ketika beliau mahu menggoreng ikan, menyebabkan rumah teres dua tingkat di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Tasek Gelugor yang didiaminya rosak teruk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.