
“Itu adalah Pusat Khidmat Parlimen Ampang yang beroperasi selama hampir sembilan tahun,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu ciapan tular yang mendakwa MPAJ mengenakan tindakan terhadap seorang wanita yang didakwa bekas menteri kerana membina pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran.
“Ada seorang wanita buat pejabat atas tanah MPAJ tanpa kebenaran. Hari ini telah dikenakan tindakan! Khabarnya bekas menteri,” ciapan yang menggunakan nama @lady_bugg11.
MPAJ ketika dihubungi memaklumkan Pusat Khidmat Parlimen itu tidak mendapat kelulusan.
Bagaimanapun, MPAJ berkata pihaknya mendapat kerjasama baik daripada pengurus Pusat Khidmat Parlimen itu yang bersetuju menyerahkan premis berkenaan.
“Pihak MPAJ mendapat kerjasama baik daripada pengurus Pusat Khidmat Parlimen yang bersetuju menyerahkan dewan untuk ditadbir urus oleh MPAJ,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Ampang sekarang memaklumkan Rodziah Ismail tidak beroperasi di pusat khidmat itu.
Beliau menjelaskan wakil rakyat diberi pilihan untuk menyewa ruang pejabat sebagai pusat khidmat mereka, atau menyewa pejabat daripada pihak berkuasa.
Dalam satu penjelasan lanjut, Zuraida berkata bangunan yang pernah menjadi pusat khidmat beliau itu diserahkan kepada kembali kepada MPAJ.
“Kerana saya bukan lagi Ahli Parlimen,” katanya, dan menambah bangunan itu bukan pejabat partinya, Parti Bangsa Malaysia.