Bukan tugas Hannah seorang selesai gangguan seksual terhadap atlet, kata bekas perenang

Bukan tugas Hannah seorang selesai gangguan seksual terhadap atlet, kata bekas perenang

Cindy Ong berkata kehadiran Hannah Yeoh yang terbabit merangka Akta Anti-Gangguan Seksual sememangnya positif namun tidak mencukupi tanpa kerjasama keseluruhan tadbir urus.

Tahun lalu Cindy Ong mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang jurulatih skuad renang ketika menyertai pertandingan di luar negara. (Gambar Cindy Ong)
PETALING JAYA:
Seorang bekas perenang kebangsaan yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual menyifatkan masalah itu cukup rumit diselesaikan bersendirian oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menurut Cindy Ong, kehadiran Hannah yang terbabit merangka Akta Anti-Gangguan Seksual di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya positif namun tidak mencukupi tanpa kerjasama keseluruhan tadbir urus meliputi polis dan sistem perundangan.

Katanya, masyarakat juga tidak boleh mengharapkan perubahan sekelip mata termasuk pembelaan segera kepada mangsa termasuk dirinya kerana isu itu sudah menjadi barah kerana berlaku sejak sekian lama.

“Saya melihat ada harapan baharu keadilan ditegakkan, namun sekali lagi ia memerlukan bukan hanya Hannah seorang.

“Dalam hal ini kita bercakap tentang keseluruhan tadbir urus, pasukan polis dan sistem perundangan yang bekerjasama secara rapat,” katanya kepada FMT.

Pandelela Rinong.

“Meskipun saya mahu mendapatkan keadilan untuk kes saya, saya faham betapa rumitnya isu itu. Hannah perlu bekerja dengan semua jabatan lain untuk membaik pulih sistem.”

Tahun lalu Cindy mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang jurulatih skuad renang negara ketika menyertai pertandingan di luar negara.

Beliau turut memberitahu individu sama juga melakukan serangan sama terhadap sekurang-kurangnya 10 atlet.

Hannah Yeoh.

Pendedahan sama turut dibuat atlet terjun negara Pandelela Rinong yang memberitahu dia diganggu secara seksual oleh seorang bekas jurulatih dan terpaksa bertahan dengan lawak lucah oleh individu itu selama tujuh tahun.

Pandelela berkata, dia berkongsi pengalamannya untuk menggalakkan mangsa lain turut bersuara.

Hannah pada hari pertamanya sebagai menteri belia dan sukan 6 Dis lalu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman menggubal Akta Anti- Gangguan Seksual bagi memastikan keselamatan atlet.

Awal tahun ini, bekas menteri belia dan sukan Ahmad Faizal Azumu berkata draf Akta Sukan Selamat, bertujuan mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan akan siap menjelang akhir tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.